Kamis, 23 Juli 2009

siapa yg berhak memilih, lelaki/perempuan?

agi saya, sama saja dua-dua ni. Dua-dua pun memilih. Teringin nak berkapel, tapi dia punya taste, punya la tinggi. Tak boleh itu la, ini la. Kalau kurang sikit je, reject. Kalau buat slack sikit je, reject. Macam mana nak kapel kalau macam tu.

Saya ada seorang kawan. Nak kata hensem, tak la jugak. Tapi boleh la. Nak kata takde kawan perempuan, tak jugak. Ramai gak kawan perempuan dia. Nak kata takde perempuan nak ngorat dia, tak jugak. Ada je yang nak ngorat dia. Tapi masalahnya, dia ni terlalu memilih sangat. Dah tu pulak, selalu meminta saya memperkenalkan pada dia seorang perempuan. Konon-konon, nak kapel la. Tapi tak pun. Last-last, saya biarkan aje dia. Biarkan dia berusaha dalam mencari pasangan hidup dia.


Kita perlu ingat, tak semua orang perfect di dalam dunia ini. Setiap orang ada kekurangan dia. Walaupun seseorang itu mempunyai kekurangan, tetapi disebalik kekurangan itu terdapat satu kebaikan yang orang lain tiada. Oleh itu, berikanlah peluang pada diri anda untuk menerima seseorang.

Jadi, ada tak warga Tentang Cinta yang memilih ye? He3. Mana la tau kan… Tapi if memilih, ada dapat tak jejaka atau gadis idaman yang ditunggu-tunggu selama ini? ;))

cara cepat melupakan si dia

Biasa la bila bercinta semuanya indah… Memang tak dapat lupakan si Dia. Makan ingatkan si Dia, tidur ingatkan si Dia, mandi ingatkan si Dia… Boleh kata dalam apa jua hal pun memang teringatkan si Dia la.

Tapi masalahnya bila dah putus cinta pun masih ingatkan si Dia. Susah nih… Jadi di sini ada sedikit tips kepada sesiapa yang ingin lupakan si Dia kamu.

Terima Hakikat
Pertama sekali and perlu menerima hakikat si-Dia anda bukan lagi milik anda. Anda perlu belajar untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan.

Melarikan diri
Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah ? Memang melariakan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan anda. Cuba anda pergi ke satu tempat yang agar jauh dari tempat anda dan rehatkan minda anda. Tapi jangan la buat kerja gila dengan pergi ke tempat anda date dengan si-Dia anda.


Luahkan perasaan anda
Emmm luahkan perasaan anda kepada sahabat karib anda. Mungkin dia tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan anda akan dapat menghilangkan tekanan anda.

Anda pula dengar luahan mereka
Apabila anda mendengar luahan rakan anda sekurang-kurangnya anda tahu bahawa anda bukan seorang sahaja menerima nasib yang teruk .

Ingat dekat orang lain
Masih tak dapat lupakan si Dia? Urghhh susah nie. Macam nie la kalau masih teringatkan si Dia kenapa anda tak cuba ingat dekat orang lain… Ahli keluarga ke, artis ke, idola ke, tapi kalau boleh jangan cuba untuk teringatkan kawan sejantina anda… Bahaya tu karang jadi lain lak.

Buang jer hadiah tu
Bunga ke… Jam ke… Penanda buku ke… Novel ke… Anda buang sahaja hadiah tu… Mungkin ia seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik. Atau anda pulangkan kembali hadiah itu kepada si Dia. Walaubagaimanapun jangan jual hadiah itu kerana anda seperti menghina pemberian si Dia. Dan satu lagi kalau si-Dia bagi anda hadiah seperti rantai emas berjumlah RM5000 saya rasa takyah laa buang hadiah tu. ;))

Sweet Heart, Sebuah UngkapaN cinta

Dalam dingin malam…
Kudambakan kehadiranmu…
Ku amat rindukan… bicara mu…
Sesekali kau susuli lah diri ini…
Jiwa ku kini… bagai dalam kekosongan…
Hangat pipiku dibasahi linangan air mata…
Coretan ikhlas hatimu kuhayati walaupun untuk yang ke berapa kalinya…
Indah dan syahdunya hatiku…
Tanpa sedikit terasa jemu…
Duhai sayangku… keikhlasan hatimu yang kupuja…
“Tiada dusta… Sumpah kucinta sampai ku menutup mata… Cintaku sampai menutup mata …

rAHasia Di BaLik sekuntUm bUngA rOse

Selalu kita lihat, bunga dapat menunjukkan betapa romantiknya seorang lelaki kepada wanita. Saya pernah juga berikan bunga pada Mrs Teddy. Dia amat suka dengan bunga yang diberikan. Even bunga itu akan layu, tetapi perasaan dan pengalaman menerima bunga dari seorang yang tersayang memang tidak dapat dilupakan. Kalau tak caya, tanya Mrs Teddy. ;))

Namun begitu, bilangan kuntuman bunga turut mempunyai makna disebaliknya. Ada rahsia kenapa seseorang itu memberikan bunga sekian-sekian kuntum. Ada yang bagi banyak kuntuman bunga dan ada juga yang bagi satu sahaja.

Berikut merupakan rahsia di sebalik bilangan kuntuman bunga ros yang dipetik dari Love Fate Destiny.


1 Rose
Exceptional love all concentrated on you.

2 Roses
Two of us deeply in love.

3 Roses
I love you.

6 Roses
I want to be yours.

9 Roses
Love each other eternally.

11 Roses
You are the one I love most in my life.

12 Roses
Satisfactory union and mutual affinity.

13 Roses
Secret admirer.

24 Roses
Remember fondly every moment
(24 hours cannot forget you).

33 Roses
Saying “I love you” with PROFOUND LOVE.

36 Roses
Feeling romantic attachment because you come to me.

44 Roses
Constant unchangeable pledge.

50 Roses
This is “Regretless Love”.

56 Roses
My love.

66 Roses
Successful love affair.

99 Roses
Love with understanding makes love eternal.

100 Roses
Harmonious union in a century, remain a devoted couple ’till ripe-old age.

101 Roses
No other love but you.

108 Roses
Please marry me!

111 Roses
Eternal love.

123 Roses
Free love.

144 Roses
Loving you day and night eternally.

365 Roses
Thinking of you everyday, love you everyday.

999 Roses
Everlasting and eternal love.

1001 Roses
Faithful love, ’till forever

So macam mana? Dah terpikir nak bagi berapa banyak bunga ros?

apakah kita perlu tau siapa ex-boy friend n ex girl friend kekasih kita??

Semasa saya dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja, tiba-tiba terlintas dalam fikiran saya samada perlu ke kita tahu siapa ex-boyfriend atau ex-girlfriend kekasih kita. Hurm…memang best kalau kita dapat tahu. Tetapi adakah kita pasti yang tindakan kita tu betul.

Bagi pendapat saya, tidak perlulah kita tahu siapa bekas kekasih pasangan kita tu. Kalau tahu pun, akan buat kita berasa marah dan tak suka. Menyampah lagi ada la. Mana tak nya, buat-buatnya kita ternampak yang ex-boyfriend atau ex-girlfriend kekasih kita tu sedang syok berbalas-balas komen di Facebook mahupun Friendster, tak ke terasa hangat dalam hati ni. Haish!

Tetapi, kalau kita tahu siapa dia, mesti kita akan selidik sedalam-dalamnya pasal orang tu. Asal dia di mana, tempat tinggal dia, siapa kawan-kawan dia dan sebagainya. Kalau boleh, sampai hobi dan masakan kegemaran dia pun kita nak tahu. Kata orang, bolehlah kita lihat apa kekurangan kita dengan dia. Mana yang baik tu, kita ikut la. Yang mana tak elok tu, kita perbaiki diri lagi. Bagus juga tu.


Memang ada kebaikan dan kekurangannya kalau kita lihat perkara ini dari pelbagai perspektif yang berbeza. Tetapi terpulang kepada kita untuk memilihnya. Bagi saya, memang tak perlulah. Tak tahulah anda semua macam mana. Mungkin anda boleh kongsi-kongsikan cerita kalau ada.

ada 50 cara memikat laki-laki

Tidak cukup dengan 10 tips pikat lelaki, kini kami tambah dengan 50 tips cara memikat lelaki. Sebenarnya ini merupakan kesinambungan dari entri yang sebelum ini.
Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
Jujur dan sentiasa merendah diri.
Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
Jangan terlalu mengongkong.
Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya.
Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
Mengetahui bila hari lahirnya.
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
Manja!
Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam pergaulan.
Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ‘perfect’.
Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
Jangan bersikap terlalu kuno.
Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

Untuk pengetahuan anda, tips yang ke-28 itu saya edit dari Agresif kepada Manja! :d

masker untuk memutihkan wajah


Selain untuk bahan makanan pokok, beras memiliki khasiat yang lain, yaitu dapat memutihkan wajah sehingga tampak lebih bersih. Untuk memperoleh khasiat ini, kita buat saja masker dari beras. Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
1. Beras 3 sendok makan
2. Madu secukupnya untuk mengentalkan beras

Cara membuat:
1. Rendam beras selama semalam.
2. Tumbuk sampai halus hingga menjadi bubuk.
3. Jemur hingga kering.

Cara memakai:
Bubuk beras yang telah dijemur dan kering dicampur sedikit madu. Aduk hingga rata, setelah itu gunakan sebagai masker pada seluruh wajah (hindari seputar mata). Diamkan sekitar 20 menit, bila telah selesai bilas dengan air dingin.